Wednesday, September 20, 2006

GROUPING CHORD

Belajar Cara Mencipta Lagu Anda Sendiri


Assalammualaikum...

Untuk pengetahuan anda semua:
Penciptaan lagu-lagu (melodi-melodi) tidak semestinya mengikut ilham yg datang.Jika kita mencipta lagu berdasarkan waktu ada ilham, berapa banyakkah lagu-lagu yg akan tercipta atau keluar dari fikiran semasa kita berilham itu? Contohnya kalau kita ingin mencipta lagu sedih/frust adakah kita perlu menunggu waktu ditinggalkan kekasih atau teman? Atau untuk mencipta lagu rancak/disko, perlukah kita ke disko dulu sambil meneguk minuman keras dan menghisap sesuatu yang menghayalkan untuk kita mendapat mood tersebut? Jawapannya...Oh Tidaakkk....(NO!!). Janggaannn..... (Dadah itu Najis)

Maksud saya kita boleh mengarahkan sendiri mood semulajadi kita dengan cara seperti:-
menyusun dulu basic chord/kod beberapa bar yg kita rasa sesuai dan sedap didengar, tak perlulah kita menyiapkan lirik,intro dan solonya dulu.

Kita juga boleh mencipta lagu berdasarkan selain daripada melodi. Contohnya dengan menggunakan running kod (grouping chord),lirik atau dengan berbagai-bagai lagi cara tersendiri yang lain.Terpulanglah kepada kita semua bagaimana yg kita kehendaki.


Mari Belajar Grouping Chord.

contohnya key major: (maj/mj)

C, F dan G.
D, G dan A.
E, A dan B.
F, A# dan C.
G, C dan D.
A, D dan E.
B, D# dan F.

contohnya key minor: (-)

C-, F- dan G.
D-, G- dan A.
E-, A- dan B.
F-, A#- dan C.
G-, C- dan D.
A-, D- dan E.
B-, D#- dan F.

juga boleh ditambah kod;
C-, F-, A#, D#, G# dan G.

jikalau anda ingin mencipta lagu bermula dengan nada/key A minor,biasanya basic group adalah;
A-, D- dan E.

atau boleh ditambah running kod seperti,
A-, D-, G, C, F dan E.

TIPS:
biasanya untuk mencantikkan chording sesebuah lagu (tertakluk kepada melodi) anda boleh apply kod tambahan sebelum masuk kod E, apply (Bmin b5). sebih sodap.

contohnya:
A-, D-, G, C, F, Bmin b5 E. atau E7.

simbol:
mj (major)
- / m (minor)
# (sharp)
b (flat)
7 (sevent)
6 (six)
5 (fift)
sus (suspend)

p/s: anda juga digalakkan bertanya sebarang kemuskilan diBLOG (comments)
_____________________________________________________________________________________

3 comments:

batu said...

bagi saya..kalau nak mencipta lagu tidak perlu ada kedua-duanya..cara yang mudah mencipta lirik adalah dgn cara fikirkan dulu apa tajuknya..misalnya 'hati'..then, kembangkan pekataan tersebut.. olahkan nya dari hati..sajakkan nya dan lagu kan mengikut keselesaan hati..barulah tercipta lagu dari hati..

ingin tahu said...

saya nk tny..
mcm mane kite nk taw key utk sesebuah lagu tu?

contoh nye kord satu lagu ni C G Am F..

mcm mane kite nk taw key lagu ni?

harap faham soalan ni..hehehe

Khairool idlan said...

kebiasaannya jika chord itu bermula dengan key C: (contoh dari pertanyaan saudara) C G Am F..key lagu tersebut adalah C.

p/s: selalunya key lagu kena ambil dari mula lagu atau akhir lagu sblum korus..

contohnya: C, Am, F, G, DAN C.
key nya adalah C.

About Me

My photo
selangor, seri gombak, Malaysia