Wednesday, September 06, 2006

Kenali Saya

ASSALAMMUALAIKUM...

Nama saya Khairool Idlan.
Saya mempunyai pengalaman di dalam bidang pembikinan album dan karaoke(‘studiowork’).

Nama saya tidaklah se ‘gah’ pemuzik-pemuzik terkenal, komposer-komposer terkenal atau penyanyi-penyanyi terkenal yang lain kerana saya bekerja di belakang tabir dan tidak terdedah pada ‘publicity’.

Pada tahun 1984-1989 saya seorang penyanyi dan mempunyai 6 album iaitu 3 album solo dan 3 album group. Album solo pertama saya ‘Apakah Kau Begitu Jua’ lagu hit Menyamar-1983, Resepi Cinta-1985 keluaran Warnada Rec, 2 album group 'Solid Gold', lagu-lagu saduran (Hello, Knife, Beat it, Cassablanca-1984/95) keluaran Warnada Rec, dan kompilasi Artis-Artis Guntur ‘Aku Bagai Pelabuhan-1986’ keluaran Guntur Rec. Penerbit album saya Afzainizam Ismail & Roslan Imam. Afzainizam Ismail merupakan abang sulung saya. Album terakhir saya yg bertajuk ‘Kemungkinan’ lagu hit "Aku Yang Kau Panggil Sayang" (pernah menjadi Juara berberapa minggu di Carta Sinar FM) dicipta oleh beliau dan lirik ditulis oleh isteri beliau Azimah keluaran NSR Rec-1989. Walau bagaimanapun rezeki saya dalam bidang nyanyian kurang menyerlah, dibandingkan dengan artis -artis seangkatan saya seperti Rahim Maaruf, Ramlah Ram, Razis Ismail, Salwa Abd Rahman, Juliza Adlizan (Juara Bintang RTM) dan ramai lagi.......

Selain daripada menyanyi, saya boleh juga bermain alat-alat muzik, mencipta lagu, menulis lirik dan sekarang bekerja sebagai ‘music programmer’ (sepenuh masa).Lagu-lagu saya pernah dinyanyikan oleh Ben Nathan, Eddy Hamid, Oja, Ally Noor & Mastura, Zamree (Tugu Cinta), Didi Jamil, Zaidin (pencipta lagu kumpulan Alleycats), Kumpulan Rock Kejora, Kumpulan BNW dll. Saya juga pernah menerbitkan album anak saudara saya, Oja sebanyak 2 album iaitu Anak Jalanan 1992 dan Anak Kota 1993 dan beberapa orang artis lagi.

Mungkin rezeki saya lebih menyerlah sebagai programmer dan pemuzik. Sekarang saya bekerja membuat lagu-lagu karaoke untuk syarikat SERASI dan Music Vally. Saya juga pernah membuat muzik karaoke dengan syarikat-syarikat lain seperti SRC (Suria Record)Audio One, MSO, Varia Music dan lain-lain.

Apa yang saya amati dari pengalaman saya, syarikat-syarikat yang membuat lagu karaoke tidak dapat memenuhi selera atau permintaan sesetengah peminat karaoke. Ini adalah kerana lagu-lagu yang anda gemari (lagu yang tidak begitu popular), lagu yang anda suka nyanyikan ataupun lagu yang tiada di pasaran lagi (lagu lama) tidak dibuat karaoke oleh syarikat-syarikat berkenaan. Di sinilah timbulnya idea untuk mengisi blog ini dan dapatlah saya memenuhi koleksi lagu-lagu karaoke kegemaran anda nanti, insyaAllah. Dari tahun 1993 sehingga kini, hampir 15 tahun saya menjadi midi programmer (karaoke) oleh itu, saya mempunyai lagu-lagu melebihi 1500 buah lagu kesemuanya di dalam simpanan.(tidak terdapat di dalam blog ini) Dalam waktu yang singkat, saya merangkak-rangkak membuat blog/website ini sendirian sambil menyahut seruan kerajaan tentang penggunaan IT secara meluas dalam semua bidang. Dengan sorakan bersemangat "Malaysia Boleh" saya membuka blog/website ini sambil berkongsi dengan anda yang gemar menyanyi karaoke atau yang memerlukan muzik dalam apa jua bentuk format seperti audio cd, mp3 dan midi file. Semoga anda dapat berhibur dengan lagu-lagu kegemaran anda.

Sekian terima kasih.

Khairool Idlan Ismail

Email: khairool_idlan@yahoo.com
Email: khairool.idlan@gmail.com

_____________________________________________________________________________________

5 comments:

salamender said...

salam bahagia khairool idlan,

ucapan syabas kerana masih punya semangat dan kekuatan diri untuk memulakan sesuatu yang baru dan menyampaikan ilmu buat teman2 walaupun perlu melalui pelbagai kesulitan.

teruskan usaha awak!!

salam dari salamender.

Anonymous said...

Syabas diucapkan pada saudara Khairool. Saya peminat lagu - lagu Jepun tapi susah nak dapatkan karaokenya di Malaysia. Boleh saya tau adakah saudara Khairool boleh membuatnya serta berapa kosnya untuk 10 buah lagu.

peminat lagu jepun

Khairool idlan said...

berkenaan dgn karaoke lagu2 jepun hubungi saya di email. TQ.

khairool_idlan@yahoo.com

Anonymous said...

You have made some decent points there. I checked on the
web to find out more about the issue and found most individuals will go along with your views on
this website.

Look at my blog; Bellagenix

Anonymous said...

Hi, I think your site might be having browser compatibility
issues. When I look at your website in Safari, it looks
fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, great blog!


Also visit my web-site: SlimBerry Diets [slimberryblog.com]

About Me

My photo
selangor, seri gombak, Malaysia