KHAIROOL IDLAN

Friday, December 28, 2007

MEMBUAT MUZIK DENGAN TEKNOLOGI MIDI


Peralatan muzik MIDI sama sekali tidak menampilkan wajah muzik akustik seperti vokal, gitar, piano dan sebagainya.

Kabel MIDI ke PC adalah sebuah kabel adapter penghubung MIDI dengan sound card sehingga dapat menghubungkan sebuah alat muzik keyboard MIDI atau peralatan MIDI lainnya ke Komputer PC gameport (sound card external yg ada input/output midi)

MIDI nama singkatan dari "Musical Instrument Digital Interface"
MIDI mempunyai 1 - 16 channel yg boleh di tukar- tukar.
midi "Channel 10" biasa digunakan untuk "DRUM & PERCUSSION"


Sound Blaster® Audigy 2 ZS (external sound card)



ALAT-ALAT YG DI PERLUKAN UNTUK RECORD DATA MIDI KE PC.


1. 1 set komputer dan sound card
Processor Pentium4® 2.4 GHz /Ram 1 GHz ke atas adalah digalakkan.
(saya menggunakan Processor Pentium4® 3.2 GHz dan Ram 2 GHz
kerana semasa mixing, render atau bounce menjimatkan masa)



Enternal Sound Card:
Audigy 2 ZS Platinum



PCI Sound Card:




2. Software muzik seperti Sonar Cakewalk atau Cubase Steinberg dll.




3. Sebuah Keyboard/Synth yg ada midi in, out dan thru atau Prodikeys PC Midi USB.




Prodikeys PC Midi USB: (midi kabel & kabel gameport tidak diperlukan)




4. Midi kabel, Kabel Gameport atau Midi Kable USB :
(jika menggunakan 2-3 sound module midi kabel lebih diperlukan)


Kabel Midi :





Kabel Midi/Kabel Gameport:




Kable Midi USB :





5. Sound module, sampler, drum machine dll (jika ada)




"Kualiti bunyi alat-alat muzik/music instrument midi bergantung kepada sesuatu brand Sound Card yg dipakai"
Pendapat saya sound card yg mahal dan branded seperti Sound Blaster® Audigy 2 ZS selalunya mempunyai kualiti bunyi yg lebih baik kerana ia support 16bit, 24bit dan 32bit.
(Build-in sound card (motherboard sound card) biasanya 8bit, tidak sesuai untuk kegunaan Sonar)

PCI Sound Card:





rajah 1:
Motherboard Gameport :






rajah 2:
External Gameport:




rajah 3:
Cara Permasangan Kabel Midi ke Komputer (Enternal Sound Card)




rajah 4:
Cara Permasangan Kabel Midi ke Komputer (PC Gameport Card)





SAMBUNGAN KABEL MIDI KE KEYBOARD ATAU SYNTHESIZER:


"Wire Midi In" hendaklah dimasukkan ke "Midi Out" Keyboard
begitu juga "Midi Out ke Midi In.

Pastikan sound card komputer anda telah menerima "signal" dari Software Sonar contohnya apabila anda menekan mata keyboard.


Contoh Setting Midi Channel yg biasa saya gunakan pada software Sonar4 Cakewalk.
(anda boleh mengubah setting mengikut cara anda sendiri)
Saya mencadangkan Channel 10 dikhaskan untuk DRUM dan PERCUSSION sahaja


CONTOH SETTING UNTUK CHANNEL MIDI:

Channel 1 - PIANO
Channel 2 - PIANO 2/GITAR
Channel 3 - ORGAN/ STRING PAD/CHORD
Channel 4 - STRING LOW
Channel 5 - STRING HI
Channel 6 - FLUTE
Channel 7 - HAMONIKA
Channel 8 - BASS
Channel 9 - (SOUND MODULE)
Channel 10 - DRUM
Channel 11 - BRASS FILL
Channel 12 - TRUMPET SOLO
Channel 13 - SAX SOLO
Channel 14 - (SOUND MODULE)
Channel 15 - (SOUND MODULE)
Channel 16 - MELODI GUIDE


Setting Midi ini hendaklah di setkan pada software Sonar Cakewalk, Cubase Steinberg, Sound Module dll.
Midi Receive Channel di keyboard juga harus disetkan ke "omni" atau Channel berapa yg hendak di recordkan.
(sesetengah keyboard tidak perlu disetkan)


CONTOH LAGU MIDI (BOLEH DI DOWNLOAD)
saya tidak bertanggung jawab jika 2 lagu ini di guna pakai untuk tujuaan lain.
AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
HAK CIPTA TERPELIHARA
publishing & copyright (Music Valley)

Lagu ini telah di Programkan menggunakan Software Sonar 4 CakeWalk.

BENCI TAPI RINDU (Midi File "Contoh")

WIDURI (Midi File "Contoh")

Midi file/mid boleh dimainkan dgn windows media player atau lain-lain
player yg support midi file (jika tiada software sonar)



SETTING SOUNDCARD:


Play Control:
(klik gambar untuk membesarkannya)




Recording Control:




SETTING AUDIO KE SONAR:
(Audio Auto Detect)

Sound Blaster® Audigy 2 ZS support bit dari 11025 hingga 192000 kualiti DVD.



Sonar detect Sound card yg anda gunakan.



input dan output Drivers yg di gunakan oleh Sonar.
(driver setting berbeza mengikut Sound Card yg di pakai)


SETTING MIDI INPUT DAN OUTPUT KE SONAR:


a. Input ini berfungsi semasa salah satu key/mata dari muzik keyboard di tekan.
b. Output pula mengeluarkan Sound Instrument (midi) yg di setkan.



RECORD VOCAL ATAU LIVE
SOUND KE SONAR:



jika input jack Mic Atau Gitar di setkan ke AUX contohnya
sila tick atau select ke AUX.
(setting control berbeza mengikut Sound Card yg di pakai)


SET INPUT DAN OUTPUT 'SOUND MODULE' DI SONAR:



Contoh Midi Channel 14 menggunakan Sound Module Korg Trinity.
Sound Module Korg Trinity hendaklah juga di setkan ke Midi Channel 14.


INSERT VST & DXI SONAR:

Sila refer Help di Sonar, klik search dan taip VST atau DXI.




nak tau setting yg lain2 tungguuuuuu!!!!!!!!!!!!! 2-3 tahun lagi kot!!...hehe!!!

Sebarang Pertanyaan e-mailkan kepada: khairool_idlan@yahoo.com

Friday, September 22, 2006

AKU BAGAI PELABUHAN

(DOWNLOAD AKU BAGAI PELABUHAN MP3)AKU BAGAI PELABUHAN:

Kau Datang Dengan Duka
Setelah Di Tinggalkan
Mengharap Belai Mesra
Dariku Yg Sepi

Duka Mu Dan Sepiku
Kini Terubat Sudah
Harapanku Miliki
Hadir Sementara

Korus:

Apakah Diriku Hanya Pelabuhan
Tempatmu Berteduh Untuk Seketika
Mengapa Sepiku Yg Kau Kembalikan
Sedang Janji Kau Bawa Bersama...

Manisnya Bahasamu
Selembut Senyumanmu
Membelai Di Jiwaku
Tapiku Kecewa

Senangnya Kau Berlalu
Semudah Kau Bertemu
Detik Indah Telah Berubah
Lukaku Kian Parah


Ulang Korus/Vers 4&5

Lagu: Khairool Idlan/Achik Zairul
Lirik: Mohtar Said (Mohtar HS)

#m (SHARP MINOR)


C#m

D#m

F#m

G#m

A#m






______________________________________________________________________________________

#7 (SHARP SEVENT)


C#7

D#7

F#7

G#7

A#7






_____________________________________________________________________________________

Wednesday, September 20, 2006

SCALING "DO RE MI"

NOTE C:

Low-C D E F G A B C-Hi dan DI ULANG terbalik dari Hi-C B A G F E D C-Low.
(boleh juga disertakan dengan nyanyian DO RE MI FA SO LA SI DO - DO SI LA SO FA MI RE DO)
Untuk menambahkan kecekapan scaling jari anda,anda dinasihatkan berlatih sekerap mungkin dari perlahan hinggalah laju,tapi awas jangan ada note yg tidak dikehendaki tersentuh oleh jari anda.

p/s: scaling DO RE MI ini memang membosankan,malah ada yg menganggapnya seperti lagu kanak-kanak. Tapi tahukah anda,ia perlu di praktikkan sentiasa (seperti senaman jari) walau secekap manapun anda.

_____________________________________________________________________________________

GROUPING CHORD

Belajar Cara Mencipta Lagu Anda Sendiri


Assalammualaikum...

Untuk pengetahuan anda semua:
Penciptaan lagu-lagu (melodi-melodi) tidak semestinya mengikut ilham yg datang.Jika kita mencipta lagu berdasarkan waktu ada ilham, berapa banyakkah lagu-lagu yg akan tercipta atau keluar dari fikiran semasa kita berilham itu? Contohnya kalau kita ingin mencipta lagu sedih/frust adakah kita perlu menunggu waktu ditinggalkan kekasih atau teman? Atau untuk mencipta lagu rancak/disko, perlukah kita ke disko dulu sambil meneguk minuman keras dan menghisap sesuatu yang menghayalkan untuk kita mendapat mood tersebut? Jawapannya...Oh Tidaakkk....(NO!!). Janggaannn..... (Dadah itu Najis)

Maksud saya kita boleh mengarahkan sendiri mood semulajadi kita dengan cara seperti:-
menyusun dulu basic chord/kod beberapa bar yg kita rasa sesuai dan sedap didengar, tak perlulah kita menyiapkan lirik,intro dan solonya dulu.

Kita juga boleh mencipta lagu berdasarkan selain daripada melodi. Contohnya dengan menggunakan running kod (grouping chord),lirik atau dengan berbagai-bagai lagi cara tersendiri yang lain.Terpulanglah kepada kita semua bagaimana yg kita kehendaki.


Mari Belajar Grouping Chord.

contohnya key major: (maj/mj)

C, F dan G.
D, G dan A.
E, A dan B.
F, A# dan C.
G, C dan D.
A, D dan E.
B, D# dan F.

contohnya key minor: (-)

C-, F- dan G.
D-, G- dan A.
E-, A- dan B.
F-, A#- dan C.
G-, C- dan D.
A-, D- dan E.
B-, D#- dan F.

juga boleh ditambah kod;
C-, F-, A#, D#, G# dan G.

jikalau anda ingin mencipta lagu bermula dengan nada/key A minor,biasanya basic group adalah;
A-, D- dan E.

atau boleh ditambah running kod seperti,
A-, D-, G, C, F dan E.

TIPS:
biasanya untuk mencantikkan chording sesebuah lagu (tertakluk kepada melodi) anda boleh apply kod tambahan sebelum masuk kod E, apply (Bmin b5). sebih sodap.

contohnya:
A-, D-, G, C, F, Bmin b5 E. atau E7.

simbol:
mj (major)
- / m (minor)
# (sharp)
b (flat)
7 (sevent)
6 (six)
5 (fift)
sus (suspend)

p/s: anda juga digalakkan bertanya sebarang kemuskilan diBLOG (comments)
_____________________________________________________________________________________

Tuesday, September 19, 2006

KOD-KOD YG DIGUNAKAN UTK LAGU: AKU YG KAU PANGGIL SAYANG

AKU YG KAU PANGGIL SAYANG
(dOWNLOAD MP3) AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG:



Am

F

Dm

G

E

A7

C

Bm7b5






_____________________________________________________________________________________

KENALI KEY/NOTE (Keyboard/Organ/Piano)




Antara satu key/note ke satu key adalah setengah 1/2.(hitam dan putih)
nada rendah atau low pitch disebelah kiri,nada tinggi atau hi pitch disebelah kanan.

mula dengan key/note;

(C nada rendah/low pitch) C C# D D# E F F# G G# A A# B C (C nada tinggi/hi pitch)
cara sebutannya (1*); C,C sharp,D,D sharp,E,F,F sharp,G,G sharp,A,A sharp,B,
di ulangi semula dan seterusnya.

(C nada rendah) C Db D Eb E F Gb G Ab A Bb B C (C nada tinggi)
cara sebutannya (2*); C,D flat,D,E flat,E,F,G flat,G,A flat,A,B flat,B,
di ulangi semula dan seterusnya.

contohnya Kod: C#(sharp) dan Db(flat)bunyi nada kod atau sound nya adalah sama.

UNTUK PENGETAHUAN ANDA, NADA E & B TIADA # (sharp) mata/key hitam ATAU tidak disebutkan Fb/Cb (flat)

simbol yg perlu dihafalkan:
- / m (minor)
# (sharp)
b (flat)
mj (major)
7 (sevent)
6 (six)
5 (fift)
sus (suspend)

_____________________________________________________________________________________

mj7 (MAJOR SEVENT)


Cmj7

Dmj7

Emj7

Fmj7

Gmj7

Amj7

Bmj7






_____________________________________________________________________________________

About Me

My Photo
selangor, seri gombak, Malaysia